Friday, May 2, 2008

Peningkatan Jumlah Kenderaan Di Malaysia Boleh Mempengaruhi Pencemaran.


Bilangan penggunaan kenderaan darat di Malaysia mengalami proses peningkatan setiap tahun. Keadaan seperti ini adalah menunjukkan tahap pembangunan bagi negara Malaysia sentiasa mengalami proses pengembangan.

berdasarkan kepada graf di atas, angka statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pada tahun 1987, jumlah kenderaan bermotor di Malaysia ialah 3.6 juta meningkat sehingga 6.8 juta pada tahun 1995 dan terus meningkat sehingga 10.5 juta pada tahun 2000 dan pada tahun 2004 menjadi 13.7 juta. Peningkatan kenderaan itu adalah bagi ketagori kenderaan persendirian. Diikuti kenderaan perdangangan ( lori dan trailer) dan kenderaan lain-lain (Kenderaan rasmi kerajaan / badan berkanun / Syarikat Swasta) Pertambahan kenderaan ini menunjukkan bahawa alam sekitar menjadi lebih parah dengan pencemaran bunyi dan pencemaran udara daripada asap kenderaan. Daripada statistik itu juga kita boleh lihat, kebanyakkan kenderaan yang digunakan di Malaysia adalah menggunakan enjin petrol dan enjin diesel banyak digunakan oleh kenderaan perdagangan. Bilangan kenderan setiap tahun adalah meningkat dan tidak pernah mengalami penurunan.

Proses peningkatan ini boleh berlaku adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Menurut Khairani Alladin@Jalaludin (1993), negara Malaysia adalah antara negara yang paling tinggi memiliki kenderaan persendirian iaitu sebuah kenderaan bagi setiap 5 orang. Oleh itu, keadaan ini mengambarkan bahawa pemilikan kenderaan persendirian ini adalah menjadi perkara utama di Malaysia. Selain itu, kita juga boleh lihat kepada sistem rangkaian jalan raya yang semakin berkembang dan keadaan memberi kemudahan kebolehsampaian antara sesuatu tempat. Ekoran daripada itu, keadaan ini juga menggalakkan orang ramai untuk memiliki kenderaan sendiri supaya dapat memudahkan perjalanan mereka dan selesa dengan sistem jalanraya yang sempurna.

Selain itu, kebanyakkan penduduk di negara ini terutamanya dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur kurang berpuashati dengan perkhidmatan pengangkutan awam. Berdasarkan daripada kajian yang dilakukan oleh Khairani Alladin@Jalaludin mendapati terdapat hanya 40 peratus sahaja penduduk Malaysia menggunakan perkahidmatan awam berbanding dengan orang Jepun dan Singapura 60 hingga 85 peratus pada tahun 1983. Walaupun kajian ini adalah telah dilakukan dalam satu tempoh yang lama, namun begitu faktor ini sememangnya menyumbang kepada peningkatan jumlah pemilikan kenderaan.

Peningkatan jumlah kenderaan boleh berlaku berdasarkan kepada Dasar Automatif Negara (DAN). Berdasarkan kepada DAN ini ia akan menggalakkan pengeluar-pengeluar kereta untuk melabur di Malaysia. Keadaan ini menyebabkan penduduk di negara ini mempunyai banyak pilihan kenderaan dan mampu untuk memilikinya. Di samping itu, pemilikan sesebuah kenderaan ini melambangkan kemewahan atau status kehidupan seseorang itu. Ini bermaka, sekiranya seseorang itu memiliki kenderaan sendiri dianggap lebih berjaya dalam hidup. (http://www.bharian.com.my/Misc/IKON/Hari/zoom1/20060819114817Article). Sekiranya dilihat daripada kemampuan, kebanyakkan penduduk di Malaysia ini mempunyai pekerjaan dan berkemampuan dari segi ekonominya untuk memiliki kenderaan.

Perkembangan kepada peningkatan penggunaan kenderaan ini juga turut dipengaruhi oleh proses pertamban penduduk. Negara Malaysia mengalami proses pertambahan penduduk. Keadaan ini boleh dilihat bermula daripada selepas merdeka jumlah penduduk meningkat daripada 9.3 juta orang pada tahun 1965 kepada 18.4 juta orang pada tahun 1990. Pertambahan penduduk ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti peningkatan dalam kadar kelahiran dan penurunan terhadap kadar kematian. Keadaaan ini, Menurut Khairani Alladin@Jalaludin (1993), dalam kajiannya menunjukkan kadar pertambahan kenderaan bagi tempoh 10 tahun ( 1976-1985) adalah sebanyak 196.8% dan nilai ini adalah lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan penduduk pada tempoh tahun yang sama dengan nilai sebanyak 46.3%. Daripada ini, dapat disimpulkan bahawa semakin ramai penduduk sesuatu kawasan itu, semakin ramai bilangan pengguna kenderaan.

No comments: